You are visitor number ...

Wordpress Themes
Wordpress Themes  Please read T&C and Disclaimer before you proceed to the page.

Thursday, July 10, 2008

Majlis MoU di antara MIDF ( Malaysian Industrial Development Finance Berhad ) & UiTM ( Universiti Teknologi MARA )

Dari kiri: En. Azizi Mustafa, En. Mohd Najib Abdullah (Pengarah Urusan Kumpulan MIDF), Y Bhg Tan Sri Dato’ Mahmood Bin Taib, Datuk Idris Haron (Timbalan Menteri Kementerian Pegajian Tinggi), Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Ibrahim Abu Shah dan Dekan FSSR Assoc Prof Dr Baharudin Ujang.

Teks : Wan Noryusniza Aisha Wan Hassan
Fotografi: Saterah

SHAH ALAM 3 JULAI – Majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara MIDF dan UiTM telah diadakan di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah UiTM Malaysia bertujuan untuk mempromosikan hasil seni kreatif oleh pelajar-pelajar program Seni Lukis & Seni Reka UiTM.

Dengan termeterai sudah memorandum ini, Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah bersama MIDF akan mewujdkan sebuah galeri seni komersil yang diberi nama Galeri Seni MIDF-UiTM yang akan ditempatkan di menara MIDF yang kini sedang rancak dalam proses pengubahsuaian bangunan.

Majlis menandatangani memorandum tersebut diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, En. Mohd Najib Abdullah serta En. Azizi Mustafa, Ketua Pegawai Operasi MIDF. Manakala UiTM di wakili oleh Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Ibrahim Abu Shah dan Dekan FSSR, Prof Madya Dr. Baharudin Ujang. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri 1, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Idris Haron serta Y Bhg Tan Sri Dato’ Mahmood Bin Taib, Pengerusi MIDF.


Dari kiri: En. Mohd Najib Abdullah, Y Bhg Tan Sri Dato’ Mahmood Bin Taib, En. Azizi Mustafa, Prof Madya Dr. Baharudin Ujang serta Prof. Madya Ponirin Amin kagum melihat arca kiretik hasil kreatif pelajar tahun akhir program seni halus.


Dekan FSSR, sedang memberikan taklimat berhubung karya seramik yang dipamerkan di Cendikiawan Art Space.



Produk industri yang di pamerkan di NDC menarik perhatian tetamu dari MIDF.