Prof. Madya Ponorim menerangkan serba sedikit berkaitan karya seramik.
SHAH ALAM 17 JUN- Tiga orang pelawat daripada ITB Bandung, Indonesia telah mengadakan lawatan ke Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah dan juga ke National Design Centre. Mereka terdiri daripada bapak Papirus iaitu Kurator ITB, isterinya serta bapak Mokhtar. Lawatan ini telah di iringi oleh Kurator Galeri iaitu En. Rahman Amin dan juga Profesor Madya Ponirim Amin, bekas Timbalan Dekan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka.
Kesemua pelawat ini telah di bawa melihat karya-karya yang terdapat di sekitar galeri yang mana pada masa itu merupakan minggu Pameran serangkai Rupa. Pameran ini telah dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara Perak. Mereka kelihatan sangat tertarik dengan reka bentuk Galeri seni Tuanku Nur Zahirah dan di samping itu juga sangat kagum dengan karya-karya yang dipamerkan.
Selain itu juga, bapak Papirus dan bapak Mokhtar turut dibawa melawat di sekitar Pusat Reka Bentuk Industri National (NDC). Di sini mereka ditunjukkan dengan barang-barang koleksi milik Fakulti Seni Lukis & Seni Reka yang mana merupakan hasil karya para pelajar fakulti tersebut. Lawatan akademik ini berjalan dengan lancar.
Khusyuk...Bapak Mokhtar melihat sebahagian
daripada koleksi yang terdapat di NDC.