You are visitor number ...

Wordpress Themes
Wordpress Themes  Please read T&C and Disclaimer before you proceed to the page.

Thursday, July 10, 2008

KEUNIKAN GALERI SENI TUANKU NUR ZAHIRAH MENARIK KUNJUNGAN SMK MOAKIL, SEGAMAT JOHOR.

Teks: Wan Noryusniza Aisha Wan Hassan
Fotografi: Rairol Azmi B Seruji

SHAH ALAM 14 JUN- Seramai 44 orang pelajar dan 3 orang guru dari SMK Moakil, Segamat Johor telah mengadakan lawatan ke Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah sempena program lawatan akademik Kajian Seni Reka Visual anjuran sekolah tersebut dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM.

Lawatan yang diatur oleh pelatih praktikal Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah ini melibatkan sesi taklimat, lawatan berpandu, dan sesi soal jawab untuk para pelawat. Di samping taklimat mengenai operasi, pameran dan koleksi yang dipamerkan, para pelajar serta guru juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat mengenai program akademik yang ditawarkan di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka.

Maklumat serta pendedahan awal yang dikongsi bersama pelajar tersebut telah membantu untuk menambah minat serta kefahaman mereka terhadap Seni Lukis & Seni Reka. Diharapkan program lawatan berpandu ini memberi manfaat berguna kepada para pelajar serta guru sekolah.




Sesi taklimat sedang dibuat di Warisan Art Seminar Hall.


Sesi lawatan berpandu dapat membantu para pelajar menjalankan aktiviti seni.



Teliti…dua orang pelajar melihat salah satu daripada koleksi yang dipamerkan
di Pusat Reka Bentuk Negara.

Sesi fotografi kenangan di menara SAAS.