You are visitor number ...

Wordpress Themes
Wordpress Themes  Please read T&C and Disclaimer before you proceed to the page.

Friday, July 25, 2008

DEGREE SHOW 2008- FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA

Teks: Nurul Muzamel Rasidi
Fotografi: Rahmat Jamaludin

Degree Show 2008 merupakan pameran hasil kreatif para pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis & Seni Reka, FSSR. Pameran yang melibatkan 9 jabatan terdiri daripada Grafik & Media Digital, Logam Halus, Tekstil, Seni Reka Perindustrian, Seramik, Fesyen, Fotografi, Seni Halus dan Teknologi Percetakan ini memperlihatkan kreativiti dan inovasi para pelajar yang diterjemahkan dalam pelbagai media seperti catan, batik, seramik, arca, produk perindustrian, perabot, rekabentuk multimedia, iklan dan sebagainya.

Diadakan dibeberapa lokasi seperti Bangunan Annexe FSSR, Galeri Seni FSSR, Intekma Resort UiTM, Pusat Rekabentuk Negara (NDC) dan Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah, sejumlah lebih daripada 200 karya kreatif dipamerkan untuk tontonan umum sejurus selesai tamat proses penilaian akademik oleh pensyarah dan panel penilai yang dijemput dari kalangan pakar industri tempatan dan antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar di atas kejayaan mereka dalam pameran tersebut serta sekalung penghargaan dan terima kasih kepada para pensyarah, staf pentadbiran dan teknikal di atas sokongan dan bantuan yang dihulurkan.



Sebahagian hasil karya fine metal yang dipamerkan semasa Degree Show 2008