Fotografi : Rairol Azmi B Seruji
Petaling Jaya, 28 JUN- Program Artdicted Crew @ Laman Budaya MBPJ telah di adakan di Taman Jaya, Petaling Jaya bagi mempromosikan program kebudayaan anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Nafis & Aswat menunjukkan cara menghasilkan arca dari dawai.
Penyertaan di dalam program ini adalah untuk mempromosikan produk kreatif Artdicted Crew di samping mengambil peluang untuk mempromosikan program akademik di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) UiTM. Di antara aktiviti yang diadakan adalah seperti demonstrasi seni serta jualan produk kreatif Artdicted Crew. Demonstrasi seni yang diadakan pada majlis tersebut berjaya menarik perhatian pengunjung yang hadir.
Program yang bermula dari jam 12 tengahari hingga jam 6.30 petang ini, turut memuatkan aktiviti persembahan seperti pertandingan joget zapin dan juga persembahan muzik oleh Unit Kebudayaan MPBJ. Kumpulan Artdicted Crew turut mengadakan aktiviti kuiz seni untuk para pelajar sekolah yang hadir dalam program tersebut. Seramai 11 orang ahli Artdicted Crew terlibat dalam menjayakan program tersebut.
GELAGAT…para peserta semasa pertandingan busana tradisional.