You are visitor number ...

Wordpress Themes
Wordpress Themes  Please read T&C and Disclaimer before you proceed to the page.

Friday, July 25, 2008

T&C & Disclaimer

Disclaimer : The Artdicted Crew shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this blog.

Press Room

This section will be updated soon!

Public Circulation

This section will be updated soon!

Internal Announcements

Internal announcements will be send to your e-mail. Kindly forward your email address to webmaster at galeriseni_uitm@yahoo.com to get new updates.

The Crew














The Gallery Staff.

Webmaster - Nadzir
Admin & Communication - Aisha
Designer - Syafiq Ishak

Contributors

...

( this page will be updated soon ! ).

Thursday, July 24, 2008

DYTM RAJA MUDA PERAK MENCEMAR DULI BERANGKAT KE PERASMIAN PAMERAN SENI SERANGKAI RUPA.

Teks: Nurul Muzamel Rasidi
Fotografi: Mohamad Rahmat Jamaludin

SHAH ALAM 10 JUN- DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azl;an Shah Muhibbudin Shah mencemar duli berangkat merasmikan pameran seni Serangkai Rupa yang diadakan di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah.

Serangkai Rupa adalah kerjasama di antara UiTM Perak dan Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah, yang menempilkan karya-karya seni oleh para pensyarah dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM Perak. Bertemakan ‘ Dari Pasir Salak Ke Kuala Knagsar ‘, Serangkai Rupa memperlihatkan kepakaran serta kreativiti artis dalam menghasilkan karya yang bermesejkan sejarah dan warisan dalam pelbagai media antaranya seramik, catan, arca, fotografi, dan cetakan.

Kurator pameran, En. Zainon Abdullah berharap agar usaha murni ini akan memberi inspirasi kepeda masyarakat, tambah beliau, ‘Aktif berkarya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya untuk memepertajamkan profesionalisme dan mengilap ilmu’.

Selain karya yang dipamerkan, Serangkai Rupa turut menerbitkan katalog pameran yang disertakan bersama dengan esei kuratorial oleh Aznan Omar, Rozanita Khairuddin, dan Izaddin Matrahah.

SEMINAR ASIA PACIFIC TWENTIETH CENTURY

Teks : Nor Hazirah Hamzah
Fotografi : Rairol Azmi seruji

KUALA LUMPUR, 11 JUN- Seramai 6 orang wakil dari Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah menghadiri Seminar Asia Pacific Twentieth Century Conservation Art Research Network yang dianjurkan oleh Balai Seni Lukis Negara. Seminar yang melibatkan pembentangan kertas kerja dari empat buah negara iaitu Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia memfokuskan topik perbincangan konservasi karya seni serta penggunaan teknologi moden dalam amalan konservasi.

Di antara pembentang yang terlibat dalam seminar ini adalah seperti Cik Nicole Tse dan Prof. Robyn Sloggett dari University of Melbourne, En. Amerrudin Ahmad Kurator BSLN, Dr. Pisit Chareonwongsa dari University Consortium on Multi, Pn. Zanita Anuar (BSLN), Assoc. Prof. Ana Labrador dan Assoc. Prof. Maricor Soriano dari University of the Philippines. Manakala wakil dari Thailand ialah Pn. Chiraporn Aranyanark dan Pn Kwantjit Lestsiri, Prof. Dr. Truong Quac Binh iaitu Pengarah Muzium Vietnam, Cik Hasnul Jamal Saidon Pengarah Galeri Seni dan Muzeum Raja Fauziah serta En. Ahmad Mashadi wakil dari National University of Singapore.

Menerusi seminar yang dianjurkan, pelbagai agensi seni dari jabatan kerajaan dan swasta dapat berkongsi pengalaman, ilmu serta kemahiran berhubung teknik serta teknologi terkini yang diaplikasikan dalam amalan konservasi di institusi muzium masing-masing.

Di antara wakil-wakil pembentang yang terlibat dalam seminar tersebut.


Ramai...para penonton yang terdapat di dewan tersebut.

Wednesday, July 23, 2008

Lawatan akademik daripada Bandung, Indonesia.

Teks : Wan Noryusniza Aisha Wan Hassan
Fotografi : Rairol Azmi Seruji

Prof. Madya Ponorim menerangkan serba sedikit berkaitan karya seramik.

SHAH ALAM 17 JUN- Tiga orang pelawat daripada ITB Bandung, Indonesia telah mengadakan lawatan ke Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah dan juga ke National Design Centre. Mereka terdiri daripada bapak Papirus iaitu Kurator ITB, isterinya serta bapak Mokhtar. Lawatan ini telah di iringi oleh Kurator Galeri iaitu En. Rahman Amin dan juga Profesor Madya Ponirim Amin, bekas Timbalan Dekan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka.

Kesemua pelawat ini telah di bawa melihat karya-karya yang terdapat di sekitar galeri yang mana pada masa itu merupakan minggu Pameran serangkai Rupa. Pameran ini telah dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara Perak. Mereka kelihatan sangat tertarik dengan reka bentuk Galeri seni Tuanku Nur Zahirah dan di samping itu juga sangat kagum dengan karya-karya yang dipamerkan.

Selain itu juga, bapak Papirus dan bapak Mokhtar turut dibawa melawat di sekitar Pusat Reka Bentuk Industri National (NDC). Di sini mereka ditunjukkan dengan barang-barang koleksi milik Fakulti Seni Lukis & Seni Reka yang mana merupakan hasil karya para pelajar fakulti tersebut. Lawatan akademik ini berjalan dengan lancar.


Khusyuk...Bapak Mokhtar melihat sebahagian
daripada koleksi yang terdapat di NDC.



Bapak Mokhtar berkata sesuatu kepada
Bapak Papirus dan Prof. Madya Ponirin




Tuesday, July 22, 2008

Pegawai dari Universiti Monash, Australia melawat Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah

Teks : Wan Noryusniza Aisha Wan Hassan
Fotografi : Mohd Syafie


SHAH ALAM, 25 JUN- Baru-baru ini para pegawai dari Universiti Monash, Australia telah mengadakan lawatan akademik ke Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah. Lawatan yang di iringi oleh pegawai dari Pusat Perhubungan Antarabangsa UiTM (UiTM) iaitu Tn. Haji Kamran B. Shavarebi Ali adalah bertujuan untuk memperkenalkan galeri ini serta koleksi seni yang sedang dipamerkan.

Taklimat ringkas menerusi sesi lawatan berpandu disampaikan oleh Kurator dan Penolong Pegawai Seni Reka memberi informasi berhubung keunikan serta keistimewaan karya yang sedang dipamerkan bagi tujuan apresiasi terhadap seni.



Unik..Arca 'Glokal' oleh Ramlan Abdullah menarik perhatian para pegawai dari Universiti Monash.

Thursday, July 10, 2008

KEUNIKAN GALERI SENI TUANKU NUR ZAHIRAH MENARIK KUNJUNGAN SMK MOAKIL, SEGAMAT JOHOR.

Teks: Wan Noryusniza Aisha Wan Hassan
Fotografi: Rairol Azmi B Seruji

SHAH ALAM 14 JUN- Seramai 44 orang pelajar dan 3 orang guru dari SMK Moakil, Segamat Johor telah mengadakan lawatan ke Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah sempena program lawatan akademik Kajian Seni Reka Visual anjuran sekolah tersebut dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM.

Lawatan yang diatur oleh pelatih praktikal Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah ini melibatkan sesi taklimat, lawatan berpandu, dan sesi soal jawab untuk para pelawat. Di samping taklimat mengenai operasi, pameran dan koleksi yang dipamerkan, para pelajar serta guru juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat mengenai program akademik yang ditawarkan di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka.

Maklumat serta pendedahan awal yang dikongsi bersama pelajar tersebut telah membantu untuk menambah minat serta kefahaman mereka terhadap Seni Lukis & Seni Reka. Diharapkan program lawatan berpandu ini memberi manfaat berguna kepada para pelajar serta guru sekolah.




Sesi taklimat sedang dibuat di Warisan Art Seminar Hall.


Sesi lawatan berpandu dapat membantu para pelajar menjalankan aktiviti seni.



Teliti…dua orang pelajar melihat salah satu daripada koleksi yang dipamerkan
di Pusat Reka Bentuk Negara.

Sesi fotografi kenangan di menara SAAS.