You are visitor number ...

Wordpress Themes
Wordpress Themes  Please read T&C and Disclaimer before you proceed to the page.

Monday, June 16, 2008

Artdicted #4: " Artdicted Goes To School "

SHAH ALAM 17 Jun- Sempena Minggu Akademik SMK Seksyen 18, pihak Panitia Pendidikan Seni Visual SMK Seksyen 18 telah menjemput pihak Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah untuk turut serta dalam minggu akademik di sekolah itu.

Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah bagi mendedahkan kepada pelajar sekolah tentang seni tampak disamping memberikan informasi tentang Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.

Sehubungan itu pihak galeri telah menghantar 12 orang ArtdictedCrew untuk turut serta dalam pameran itu. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertunjukan wire sculpture, glass paint, creative drawing dan juga print making. Hasil pertunjukan demo yang telah dibuat turut dijual dan dibeli oleh para pelajar serta guru di sekolah tersebut.

Program yang berlangsung selama sehari itu mendapat sambutan yang menggalakkan dan maklum balas yang diterima adalah sangat bagus. Sebagai tanda panghargaan, pihak galeri telah memberikan cenderahati kepada Puan Roslina bt Mohd Ghazali selaku penyelia aktiviti disekolah tersebut.