You are visitor number ...

Wordpress Themes
Wordpress Themes  Please read T&C and Disclaimer before you proceed to the page.

Tuesday, June 10, 2008

Artdicted #1: " International Museum Day 2008 "


18hb Mei 2008, satu program yang melibatkan muzium diseluruh Malaysia diadakan di Muzium Negara Kuala Lumpur. Program berlangsung selama satu minggu dari 18 Mei 2008 hingga 24 Mei 2008. Program ini dianjurkan oleh pihak Muzium Negara.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Bagi beliau muzium wajar dikomersialkan di peringkat antarabangsa sebagai tarikan pelancongan dan menambah pendapatan negara.

Pihak penganjur telah menjemput Galeri seni Tuanku Nur Zahirah bagi mengikuti pameran serta program di Hari Muzium Antarabangsa tersebut. Pihak galeri seni telah membuat beberapa acara, antaranya adalah, demo pembuatan seramik, wire sculpture, creative drawing, glass painting (decoration), batik dan juga grafik.

Disamping itu juga, pihak galeri mengadakan jualan artworks di ‘booth’ pameran yang telah dibuka di Hari Muzium Antarabangsa tersebut. Jualan dilakukan bagi membolehkan peminat seni memiliki karya-karya seni terus pada hari tersebut. Kebanyakan pelanggan yang hadir pada ’booth’ jualan kami adalah pelancong asing serta warga tempatan.

Pelbagai acara menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur pada hari muzium bagi memeriahkan program, antaranya persembahan tarian kebudayaan dari kumpulan Gemalai Tari dari Menara Kuala lumpur, pameran muzium-muzium seluruh Malaysia, demo mencuci keris, jamuan makan malam, sesi kuiz, dan pelbagai lagi.



Dalam sesi kuiz tersebut, Galeri seni Tuanku Nur Zahirah telah memenangi 4 buah hamper yang telah disediakan oleh pihak muzium-muzium seluruh Malaysia, apabila wakil galeri dapat menjawab soalan yang telah dikemukakan.




Majlis penutupan Hari Muzium Antarabangsa ini telah diadakan pada 24hb Mei 2008. para hadirin yang hadir adalah dikalangan pegawai-pegawai besar muzium, timbalan menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan malaysia Datuk Teng Boon Soon dan ramai lagi. Majlis diserikan lagi dengan acara persembahan tarian serta cabutan bertuah.